Visi Iman Kids : "Nurturing Quranic Generations"🌱
Visi kami bukan sekadar visi. Tapi matlamat sejati pendidik. Yang ingin melahirkan anak-anak hasil tarbiyah qurani. Untuk memenangi pertarungan generasi.
Cerita kecil yang menanam benih iman. 🤍
10/18/20261 min read


Iman Kids ditubuhkan dengan satu cita-cita dan harapan yang besar. Harapan para teachers agar setiap soleh boy dan solehah girl mendapat hak mereka yang sepatutnya, iaitu hak untuk dibesarkan, dididik dan dibentuk dengan acuan al-Quran. Rasulullah SAW bersabda,
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengingatkan kita bahawa persekitaran dan didikan memainkan peranan yang besar dalam membentuk keperibadian seorang anak. Anak-anak lahir dengan fitrah yang suci, namun perjalanan mereka membesar akan banyak dipengaruhi oleh orang di sekeliling, suasana yang mereka lalui dan nilai-nilai yang diterapkan sejak kecil.
Hari ini, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik generasi muda. Isu seperti buli, pergaulan yang melampaui batas, penggunaan kata-kata kesat dan pelbagai gejala negatif yang semakin membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak usia sekolah rendah. Situasi ini menyedarkan kita tentang betapa pentingnya peranan ibu bapa dan para pendidik dalam menyediakan persekitaran yang baik untuk anak-anak membesar.
Atas kesedaran inilah, Iman Kids hadir dengan membawa harapan untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan pembesaran yang berteraskan al-Quran. Dengan barisan teachers yang berusaha membina kefahaman berasaskan al-Quran, Iman Kids komited untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian anak-anak melalui rutin harian yang Islami, sistem pembelajaran yang membina akidah yang benar serta aktiviti storytelling yang menghidupkan pengajaran daripada surah-surah pendek dan sirah 10 sahabat yang dijamin syurga.
Kami percaya bahawa pendidikan bukan sekadar tentang apa yang anak-anak tahu, tetapi juga tentang apa masa depan mereka. Oleh itu, setiap rutin, pengajaran dan pengalaman yang dibina di Iman Kids diharapkan menjadi sebahagian daripada proses membentuk jiwa, pemikiran dan akhlak anak-anak agar mereka membesar dengan nilai-nilai al-Quran sebagai panduan hidup.
Kerana bagi Iman Kids, peranan membesarkan anak bukan sekadar mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia, tetapi juga mendidik mereka agar mengenal Allah, mencintai al-Quran dan menjadikan Islam sebagai panduan dalam setiap langkah kehidupan.
Dan peranan besar ini bukan semata disandang oleh teachers sahaja bahkan harus bersama peranan ibu bapa supaya anak-anak mendapat tarbiyah yang konsisten di rumah dan di sekolah. Ayuh ibu ayah sekalian, kita bersama membentuk anak-anak mengikut acuan yang diredhai Allah dunia dan akhirat.
Iman Kids
© 2025. All rights reserved. | ImanKids.com
Sg. Tangkas, Bangi Branch:
21, Jalan Aman Permai 2, Taman Aman Permai, 43000 Kajang, Selangor
WhatsApp: 011-2056 1644


Iman Kids, Southville City Branch (Childcare Centre | 1-3 years)
Iman Kids, Southville City Branch (Kindergarten | 4-6 years)
Iman Kids, Sg. Tangkas, Bangi Branch (1-6 years)
Registration No.1: 003446765-H
Registration No.2: 003352569-M
Southville City Branch:
C-1-43 & C-1-52, Savanna Lifestyle Retail, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor
